Adz

Monday, February 3, 2014

Nasihat Kepada Tan Sri Khalid


Salam 2 all.

SELEPAS sah diumum yang Anwar Ibrahim dipilih menjadi calon PKR untuk Pilihan Raya Kecil Dun N.25 Kajang (walaupun SPR belum pun buat pengumuman kekosongan kerusi) barulah saya faham mengapa isu PKNS tercetus, mengapa Khalid Ibrahim diserang bertubi-tubi oleh partinya sendiri tanpa belas-ihsan; kenapa kes cerai fasakh Nurul Izzah didedahkan; mengapa kerusi Dun Kajang dikosongkan tanpa sebab dan kenapa Umno/ BN didendangkan dengan Pelan Damai Nasional!

Ada kopi disebalik karipap rupanya yop!

Sejarah berulang - Kes Saiful Bukhari menghantui Anwar

Teringat saya selepas PRU12 tahun 2008 dahulu. Setelah memenangi kerusi Kulim Bandar-Baharu pada 08.03.2008, berlaku satu insiden yang sangat menakutkan Anwar. Pada 28.06.2008, Saiful Bukhari Azlan, pembantu peribadi Anwar membuat lapuran polis dia diliwat oleh Anwar pada 26.06.2008.

Ketakutan Anwar masa itu memang agak luar biasa! Saya tidak bercadang menceritakan secara terperinci apa yang saya sendiri lihat masa itu. Itu lain kali jika perlu. Tetapi cukup sekadar memberitahu bagaimana Anwar pergi menyembunyikan diri di rumah Duta Turki pada 29.06.2008.

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada masa itu ialah Anwar meminta perlindungan kerana ada 'cubaan mahu menembak Anwar'!!!

Anwar baru sahaja bebas daripada penjara pada 02.09.2004 setelah menjalani hukuman 6 tahun penjara di Penjara Sg. Buloh setelah disabitkan pada 14.04.1999 dengan kesalahan menyalahgunakan kuasa sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan Akuan Bersumpah palsu daripada Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar (pemandunya) yang mendakwa diliwat oleh Anwar pada bulan Mac 1993 di Tivolli Villa.

Anwar tahu kalau dia diheret ke mahkamah dan dikenakan pertuduhan dan disabitkan kesalahan meliwat Saiful, hukuman penjara melebihi 6 tahun menanti beliau. Segala harapan dia nak menjadi PM akan hancur berkecai; malah pada umur senja, dia mungkin reput dalam penjara!

Salah satu strategi yang dirangka pada masa itu ialah untuk memastikan Anwar menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang; dan dicanangkan kemungkinan Anwar akan menjadi PM melalui konspirasi 16.09.2008.

Dengan 81 Ahli Parlimen dibelakang beliau, dengan jawatan sebagai Ketua Pembangkang, kemungkinan untuk Anwar disabitkan kesalahan meliwat Saiful agak tipis.

Mana mungkin Anwar akan dihukum penjara. Satu dunia akan bising. Amerika akan bising. Turki akan bising. IPU akan bising.


UNHRC akan bising. Amnesty International akan bising. Dan kita ada kerajaan yang takut dengan bunyi bising di luar!

Jadi perancangan untuk melaksanakan agenda itu dimulakan dengan mengenal pasti kerusi mana Anwar hendak bertanding.

Teman yang pada masa itu penuh dengan semangat dan ketaatan mengkhinzir buta telah menawarkan kerusi Parlimen Kulim Bandar-Baharu.

Namun kerja ALLAH tidak siapa dapat mengatasinya. Petisyen pilihan raya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar terhadap kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu menyebabkan kerusi itu tidak dapat dikosongkan mengikut perancangan.

Lalu Wan Azizah isteri tercinta, Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh terpaksa mengorbankan kerusinya demi 'kesejahteraan PKR'. Dan Anwar memenangi PRK P-044 Permatang Pauh pada 26.08.2008. Setelah mengangkat sumpah pada 28.08.2008, Anwar dilantik menjadi Ketua Pembangkang.

Setelah melalui proses perbicaraan yang meleret-leret dengan jumlah penangguhan yang melayakkan kes dimasukkan kedalam Malaysia Book of Record, pada 10.01.2012, Mahkamah membebaskan Anwar daripada dakwaan meliwat Saiful!

Sekarang Anwar berdepan dengan rayuan kes Saiful. Mahkamah Rayuan telah menetapkan tarikh perbicaraan dalam masa terdekat ini (iaitu 11, 12 & 13 Februari); dan sekali lagi Anwar berdepan dengan risiko hukuman penjara yang panjang jika Mahkamah menerima rayuan Pendakwaraya.

Dan kali ini Pendakwaraya diwakili peguam veteran terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, seorang peguam no-nonsense yang diperakui kehebatan guamannya!

Risiko dipenjarakan menjadi real; risiko impian menjadi PM ke 7 hancur lebur menjadi real; dikala umur 67 tahun dan sudah masuk waktu kubUr kata mari, Anwar tidak mungkin boleh menerima hukuman penjara yang panjang. Ianya mesti dipintas at all cost!

Siapa yang berani mahu menghukum penjara seorang menteri besar yang berpengaruh atas tuduhan meliwat?

Siapa yang berani berdepan dengan masyarakat dunia liberal barat sebagai pemimpin negara yang menghukum MB Selangor dengan tuduhan meliwat?

Siapa yang berani nak berdepan dengan kuasa besar Amerika Syarikat? Siapa mahu berdepan dengan Erdogan dan Turki? Siapa nak berdepan dengan Amnesty International, Human Rights Commission dan negara liberal Eropah yang lain - yang mengamalkan seks bebas terbuka termasuk membenarkan homoseksual!

Matlamatnya - Anwar mesti jadi MB Selangor at all cost untuk memastikan Penjara Sg. Buloh bukan destinasi terakhir Anwar di muka bumi ini!


Tan Sri Khalid penghalang?

Tapi Tan Sri Khalid Ibrahim ada di sana sebagai MB. Beliau mendapat sokongan penuh DAP; masyarakat peniaga dan korporat Cina dikatakan menyukai cara pentadbirannya yang dikatakan business-friendly, efficient & corrupt free Menteri Besar!

Pas pula tidak senang dengan pendirian Anwar yang liberal, yang menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian yang bercanggah dengan ketetapan Majlis Syura Pas.

Dan Khalid bukan jenis yang akan tunduk na'am kepada semua kehendak Anwar. Walaupun beliau diketepikan sebagai Ketua Perhubungan PKR Negeri Selangor, beliau masih lagi berpengaruh.

Bila Anwar menghantar Saifudin Nasution sebagai Liason Director antara pejabat MB dengan PKR, Khalid memperlekehkan perlantikan tersebut dengan menyumbat Saifudin di Tingkat 5 dan 'kami boleh berhubung dengan email' - begitu Khalid memperlekeh duta Anwar ke pejabat MB.

Khalid tahu kekuatannya terletak kepada perlindungan dan pengaruh Presiden, Datin Seri Wan Azizah.

Selagi Wan Azizah menyokongnya, Anwar dan konco-konconya tidak akan berani melakukan sesuatu terhadap Khalid.

Sebab itu Faekah Husin, panglima kanan Wan Azizah, wanita besi yang paling dibenci oleh segelintir kumpulan anti-Khalid di dalam PKR dilantik memegang beberapa portfolio berpengaruh dan berkuasa di dalam pejabat MB.

Beliau bukan sahaja (bekas) Setiausaha Politik dan Pegawai Khas MB, beliau juga Pengerusi MBI, badan korporat paling berpengaruh dalam negeri Selangor dengan kekuatan dana yang besar!

Saya kenal Faekah Hussin ini. Beliau adik bekas Ketua Pengarah BPR, Datuk Zaki Hussin.

Beliau jenis no-nonsense; dan saya cukup yakin beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menyundal dan merampok khazanah Negeri Selangor.

Dan Faekah ini jenis tidak gentar dengan sesiapa - almaklumlah dia seorang peguam! Ini antara punca saya percaya Faekah menjadi begitu tidak terkenal, malah dibenci oleh segelintir mereka dalam PKR yang anti Tan Sri Khalid!

Lalu bagaimana nak pastikan Wan Azizah, dan Faekah, tidak lagi melindungi Khalid?


Check-Mate terhadap Wan Azizah dan Nurul Izzah

Tiba-tiba terbongkar kisah juicy permohonan perceraian fasakh oleh Nurul Izzah, anak sulung Wan Azizah dengan suaminya, Raja Ahmad Syahrir. Sebenarnya permohonan sudah difailkan lama, dan tiada sesiapa pun mengetahuinya kecuali peguam, mahkamah dan beberapa inner-circle dalam PKR.

Tiba-tiba Ahad 26 Januari lepas, berita permohonan perceraian itu terbongkar. Ada sumber dalaman PKR telah mendedahkannya kepada para blogger dan media arus perdana.

Malah ada yang menerima transkrip terperinci sebab-sebab permohonan perceraian itu dimohon oleh Nurul Izzah, termasuk gambar seorang jejaka yang agak 'jambu' turut disebarkan.

Nurul Izzah adalah Naib Presiden PKR, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan rising star di dalam PKR. Malah beliau pernah menyatakan hasrat menentang orang kanan Anwar Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan lalu. Beliau penyokong kuat ibunya Wan Azizah dan Khalid Ibrahim.

Sebarang sokongan terbuka daripada Nurul Izzah, disertai sokongan terbuka ibunya Wan Azizah terhadap kepimpinan Khalid sebagai MB akan menyukarkan sebarang cubaan untuk menjatuhkan Khalid. Jadi Wan Azizah dan Nurul Izzah harus dikekang!

Pembongkaran kes permohonan cerai fasakh oleh Nurul Izzah dengan segala kisah sensasinya menjadi check-mate terhadap Wan Azizah dan Nurul Izzah.

Bagaimana mungkin sekarang Wan Azizah dan Nurul Izzah mahu memberikan sokongan terbuka kepada Khalid - pasti mereka akan dicemuh supaya pergi urus hal rumahtangga engkau sendiri lah!

Lalu Khalid terkonteng-konteng keseorangan, tanpa sokongan Presiden dan Naib Presiden, tanpa sebarang jawatan dalam parti. Hanya tinggal DAP dan Pas menjadi sandaran akhir Khalid!


Strategi menggusarkan DAP-Pas

Tiba-tiba muncul pula isu tuntutan untuk terus mengguna-pakai kalimah ALLAH dalam upacara keagamaan kristian di gereja-gereja mereka di Selangor. Pelik!

Hanya di gereja-gereja di Selangor, tidak di Pulau Pinang! Dalam keadaan mereka sudah pasti tahu Selangor mempunyai Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam.

Bila isu rampasan bible versi Bahasa Melayu yang menyalah-terjemahkan kalimah ALLAH tercetus dan Jais melaksanakan tugasnya mengikut undang-undang dan merampas bible-bible tersebut, ruang terbuka luas untuk Khalid diserang.

Kesempatan ini diambil untuk menakutkan DAP. Sikap Khalid tiba-tiba membuat kenyataan menyokong titah Tuanku Sultan Selangor melarang penggunaan kalimah ALLAH dan akan terus akur dengan titah itu sudah pasti menggusarkan parti cauvinis DAP ini. Sikap ini sudah pasti akan mengendurkan sokongan DAP kepada Khalid.

Diwaktu yang sama, tindakan Khalid mengarahkan Jais mengembalikan bible yang dirampas menyebabkan ada penentangan daripada Pas.

Kenyataan Exco Hal Ehwal Islam daripada Pas, YB Solehin Mukhyi dilihat tidak senada dengan kenyataan Khalid. Saya cukup pasti faktor ini akan digunakan sepenuhnya untuk menakutkan elemen-elemen di dalam Pas Selangor.

Kononnya kalau dibiarkan Khalid terus menajdi MB, Pas akan hilang lebih banyak kerusi dalam PRU nanti, sebab orang Melayu benci! Ini akan pasti menyebabkan Pas berfikir dua tiga kali untuk terus menyokong Khalid!

Akhirnya dengan strategi yang cukup licik dan holistik, Khalid terkonteng-konteng keseorangan. Kali ini Khalid benar-benar terjebak. Dia sudah tidak boleh lari.

Peletakkan jawatan YB Lee Chin Cheh dan pengosongan kerusi Dun Kajang sekadar pelengkap kepada konspirasi menjatuhkan Khalid dan menobatkan Anwar Ibrahim sebagai MB.

Malah kemungkinan YB Chin Cheh sendiri tidak menyedari permainan politik puak-puak ini!


'Pelan Damai Nasional' memerangkap Umno

Dan untuk memastikan semuanya berjalan lancar mengikut perancangan, maka ditawarkan kepada Umno dan Barisan Nasional 'Pelan Damai Nasional'! Ini lawak senario abad ini.

Bagaimana mungkin parti yang cacamerba penuh dengan percakaran dalaman dengan begitu sardin mengemukakan 'Pelan Damai Nasional'. Saya ingat Saiful Apek boleh mati ketawa tertelan gigi palsu mendengar berita ini.

Jika Umno/BN menerima pelan ini, saya cukup yakin nanti akan timbul desakan supaya Umno/BN membuktikan keikhlasan dengan tidak meletakkan calon bagi PRK N.25 Dun Kajang ini.

Sekali gus memberikan Anwar laluan-percuma untuk menjadi Adun Kajang dan selayaknya ditabalkan sebagai MB Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid.

Kalau Umno/ BN termakan dengan taktik ini, saya kira tidak ada ayat lagi nak diberi kepada Umno/ BN selain daripada melafazkan innalillah hiwa inna ilai hiro ji'un kepada Umno/ BN.

Nampak sangat Umno/ BN bekerja keras untuk menjadi pembangkang dalam PRU14 nanti.

Dan jika ditakdirkan berlaku PRK N.25 Kajang, saya menasihatkan Umno meletakkan calon Umno disitu. Saya percaya dengan calon Umno yang berkaliber dan punya integriti dan kewibawaan, Umno punya peluang cerah memenangi kerusi Dun Kajang.

Jangan dibiar hak demokrasi rakyat Selangor diliwat dengan begitu mudah oleh para peliwat democrazy ini.


Taktik akhirul kalam - videoklip

Saya menerima maklumat jika semua perancangan ini gagal, atau pun jika rancangan ini memerlukan satu water-tight ending, maka sebuah videoklip yang diambil daripada sebuah sudut yang agak tinggi di sebuah kediaman akan disebarkan. Apa video itu...tunggu dan lihat!


Rumusan dan opsyen buat Tan Sri Khalid

Persoalan cepumas sekarang ialah: adakah riwayat Khalid sudah berakhir!

Belum. Jangan write-off Khalid cepat sangat. Beliau seorang tokoh korporat, beliau sudah biasa dengan taktik dan maneouvre seperti ini.


Khalid sekarang ada beberapa opsyen:

1. Khalid boleh buat keras kepala dan terus kekal sebagai MB. Tiada sesiapa pun boleh menggugat kedudukannya. Kalau Khalid memilih opsyen ini, Anwar tidak ada pilihan selain meminta Dun Selangor memanggil sidang tergempar membuat usul undi tidak percaya kepada Khalid.

Untuk itu Anwar memerlukan sokongan penuh Adun DAP dan Pas selain Adun PKR sendiri. Atau dalam keadaan ekstrim, Anwar boleh mengarahkan semua  Adun PKR tidak menyokong Khalid. Ini akan menjadikan satu suasana Dun tergantung. Tetapi ini semua belum tentu berjaya; dan kalau berjaya pun Anwar akan dilihat sebagai aggressor yang tamak mahukan jawatan sehingga menganiaya dan mengkhianati MB sendiri!

2. Khalid boleh mempengaruhi kesemua Adun PKR, DAP dan Pas untuk terus menyokong beliau dengan mengadakan undi kepercayaan dalam Dewan. Tetapi ini juga mempunyai risiko kerana tidak mungkin Adun PKR akan menyebelahi beliau;

3. Khalid boleh membuat pakatan dengan Adun BN, dengan syarat dia boleh membawa jumlah Adun yang cukup menyokongnya untuk membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan, dan dia terus menjadi MB. Ini juga opsyen yang mempunyai risiko yang tinggi kerana Khalid akan sentiasa duduk di bawah ugutan dan tekanan Adun-Adun ini;

4. Atau Khalid boleh mengambil opsyen menelan sahaja apa yang berlaku. Terima sahaja takdir masanya dah berlalu, dah tak ada rezeki. Lantak pi lah siapa pun nak jadi MB. Elok pencen jaga cucu duduk kat masjid bilang buah tasbih; cari pahala sikit; atau

5. Opsyen terakhir dan paling realistik untuk Khalid sekarang ialah membubarkan Dun Selangor. Sebagai MB, hanya beliau, dan tidak ada orang lain dalam dunia ini, yang mempunyai hak legal dan politikal untuk menasihatkan Tuanku Sultan Selangor untuk membubarkan Dun Selangor.

Beliau boleh menggunakan alasan bahawa hak demokrasi rakyat Selangor untuk menentukan kepimpinan Kerajaan Selangor yang baru harus dihormati.

Sekiranya beliau digulingkan dengan cara democrazy pintu nelakang luar tabi'e ini, maka apa yang terjadi sebenarnya ialah hak demokrasi rakyat Selangor telah diliwat melalui kaedah politiking pintu belakang akibat mainan politik luar tabi'e pihak tertentu!

Dan jika Tuanku Sultan Selangor memperkenankan sembahan beliau, Dun Selangor boleh dibubarkan dan Pilihan Raya Negeri Selangor wajib diadakan dalam tempoh 60 hari.

Khalid boleh mengadakan kerjasama-strategik dengan Umno-BN untuk menawan semula Selangor dengan syarat beliau kekal menjadi MB.

Saya percaya Umno/BN terbuka dalam menimbang kerjasama-strategik ini. Apa yang penting ialah hak demokrasi rakyat Selangor tidak dicabul sewenang-wenangnya oleh golongan yang tidak bertanggungjawab!

Apa pun, hayat-politik Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor sudah hampir ke penghujungnya. Malaikat sakarat-politik sedang menunggu di pintu Bukit Malawati. Tetapi Khalid boleh menukar destinasi politiknya jika bijak mengatur langkah.

Nasihat saya kepada Tan Sri Khalid, baca dan perhalusi sejarah bagaimana Allahyarham Tun Gafar Baba jatuh terkangkang akibat mainan politik luar tabi'e ini.

Pisau ditangan Tan Sri, timun pun ditangan Tan Sri. Buat apa yang Tan Sri patut buat untuk memastikan hak demokrasi rakyat Selangor terus terpelihara, dan maruah Tan Sri dipertahankan!

Wallahua'alam dan Wassalam.



(PETIKAN DARI BLOG ZULKIFLI NOORDIN)
Menarik untuk direnungkan dan difikirkan....


Friday, February 8, 2013

9 Penemuan Orang Islam Yang Mengagumkan


Kita selalu didoktrinkan apa ilmu yang hebat dihasilkan dari orang Barat, malah dari Jepun juga sehingga kita terlupa bahawa sebenarnya orang-orang Islam dahulu adalah lebih banyak membuat penemuan henat dalam sains dan teknologi mendahului Barat. Tahukan anda bahawa kehidupan moden kita masakini adalah tak lepas dari penemuan-penemuan ilmuwan Muslim.


Inilah penemuan muslim yang luar biasa:




 1. Pembedahan
Sekitar tahun 1000, seorang doktor Islam, Al Zahrawi menerbitkan 1500 halaman ensiklopedia bergambar tentang operasi bedah yang digunakan di Eropah sebagai rujukan perubatan selama lebih dari 500 tahun. Diantara banyak penemuan, Zahrawi yang menggunakan larutan usus kucing menjadi benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada luka. Dia juga yang dikatakan menciptakan sepasang alat pembedahan.


2. Kopi
Saat ini warga dunia meminum sajian khas tersebut tetapi, kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi membantu kaum sufi tetap terjaga ibadah larut malam. Kemudian dibawa ke Qairo oleh sekelompok pelajar yang kemudian kopi disukai oleh seluruh kerajaan. Pada abad ke-13 kopi menyeberang ke Turki, tetapi baru pada abad ke-16 ketika kacang mulai direbus di Eropah, kopi dibawa ke Itali oleh pedagang Venice.


3. Mesin Terbang
Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang mencuba membina sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9 dia mereka sebuah perangkat sayap dan secara khusus berbentuk kostum burung. Dalam percubaannya yang terkenal di Cordoba Sepanyol, Firnas terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum kemudian jatuh ke tanah dan mematahkan tulang belakangnya. Rekaannya yang dibuatnya secara tidak terduga menjadi inspirasi bagi seniman Italia Leonardo da Vinci ratusan tahun kemudian.


4. Universiti
Pada tahun 859 seorang puteri muda bernama Fatima al-Firhi mendirikan sebuah universiti tingkat pertama di Fez Maroko. Saudara perempuannya Miriam mendirikan masjid indah secara bersamaan menjadi masjid dan universiti al-Qarawiyyin dan terus beroperasi selama 1.200 tahun kemudian. Hassani mengatakan dia berharap orang akan ingat bahwa belajar adalah inti utama tradisi Islam dan cerita tentang al-Firhi bersaudara akan menginspirasi wanita muslim di mana pun di dunia.


5. Aljabar
Kata aljabar berasal dari judul kitab pakar matematik terkenal Parsi abad ke-9 ‘Kitab al-Jabr Wal-Mugabala’, yang diterjemahkan ke dalam buku ‘The Book of Reasoning and Balancing’. Membangun akar sistem Yunani dan Hindu, aljabar adalah sistem yang mempersatukan untuk nombor rasional, nombor tidak rasional dan gelombang magnitud. Pakar Matematik Islam yang lainnya Al-Khawarizmi juga yang pertama kali memperkenalkan konsep angka menjadi 
bilangan yang boleh menjadi kekuatan.


6. Optik
“Banyak kemajuan penting dalam pembelajaran optik datang dari dunia Islam” ujar Hassani. Diantara tahun 1,000 SM, Al-Haitham membuktikan bahawa manusia melihat objek dari refleksi cahaya dan masuk ke mata, bertentangan dengan teori Euclid dan Ptolemy bahawa cahaya dihasilkan dari dalam mata sendiri. Ahli Fizik hebat Islam yang lainnya juga menemui fenomena pengukuran kamera di mana dijelaskan bagaimana mata gambar dapat terlihat dengan hubungan antara optik dan otak.


7. Muzik
Pemuzik Muslim kelihatan signifikan di Eropah. Di antara banyak instrumen yang hadir ke Eropah melalui timur tengah adalah gambus dan rahab, nenek moyang biola. Skala not muzik modern juga dikatakan berasal dari alfabet Arab.


8. Berus Gigi
Menurut Hassani, Nabi Muhammad SAW mempopularkan penggunaan berus gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon Siwak, untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. Bahan kandungan di dalam Siwak juga digunakan dalam ubat gigi moden.


9. Takal/ Crank
Banyak dasar sistem otomatik moden pertama kali berasal dari dunia Islam, termasuk pemutar yang menghubungkan sistem. Dengan menukarkan gerakan memutar dengan gerakan lurus, pemutar memungkinankan objek berat terangkat relatif lebih mudah. Teknologi tersebut ditemukan oleh Al-jazari pada abad ke-12, kemudian digunakan dalam penggunaan basikal hingga kini.

Tuesday, February 5, 2013

10 KISAH ORANG HEBAT YANG BERJAYA DARI KEGAGALAN

10 kisah orang-orang yg gagal/pahit terlebih dahulu dan akhirnya berjaya dengan luarbiasa sebagai motivasi kepada kita semua.

1. Albert Einstein

 Dialah Ilmuwan terkenal abad 20 yang terkenal dengan teori relativifnya. Dia juga salah satu pemenang Nobel. Siapa sangka dia adalah semasa kanak-kanak, beliau ialah terlambat bercakap dan juga mengidap Autisme iaitu penyakit yang sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Waktu kecil dia juga suka lalai dengan pelajaran.



2. Abraham Lincoln

Kisah Lincoln merupakan contoh klasik orang-orang yang benar-benar berani gagal.
Gagal dalam bisnes pada tahun 1831.
Dikalahkan di Badan Legislatif pada tahun 1832.
Gagal sekali lagi dalam bisnes pada tahun1833.
Mengalami patah semangat pada tahun 1836.
Gagal memenangkan pertandingan pidato pada tahun1838.
Gagal menduduki dewan pemilih pada tahun 1840.
Gagal dipilih menjadi anggota Kongres pada tahun 1843.
Dilantik menjadi anggota Kongres pada tahun 1846.
Gagal menjadi anggota Kongres pada tahun 1848.
Gagal menjadi anggota senat pada tahun 1855.
Gagal Menjadi Presiden Pada Tahun 1856.
Gagal Menjadi anggota Dewan Senat pada tahun 1858.
Akhirnya pada tahun 1860 dilantik sebagai presiden Amerika yang ke-16 dan salah seorang presiden yang sukses dalam sejarah Amerika.



3.Bill Gates

William Henry Gates III, atau yang lebih dikenal Bill Gates adalah CEO Microsoft. Ia juga merupakan seorang yang dermawan melalui kegiatannya di Yayasan Bill & Melinda Gates. Ia adalah pertama dalam orang terkaya di dunia versi majalah Forbes selama 13 tahun (1995 hingga 2007). Siapa sangka dia sebelumnya pernah dibuang dari Harvard dan bekerja sebagai Office Boy





4. Adam Khoo

Dia orang Singapura. Waktu kecil, ia adalah penggemar games yang ekstrem dan TV. Sehari, ia boleh duduk berjam-jam di depan TV. Baik main PS atau menonton TV.
 
Adam Khoo pun dikenali sebagai seorang anak *****. Ketika darjah empat , Ia dikeluarkan dari sekolah. Ia pun dimasukkan ke Sekolah Rendah terburuk di Singapura. Ketika dia akan masuk Sekolah Menengah, ia ditolak oleh enam Sek Men terbaik di sana. Akhirnya, ia belajar di Sek Men terburuk di Singapura. Begitu buruknya prestasi akademiknya, tapi lama kelamaan dia semakin baik justeru karena cemuhan kawan-kawannya, hingga akhirnya memperoleh kejayaan di dunia perniagaan.

Prestasi Adam di dunia perniagaan bermula pada Adam berusia 26 tahun. Ia telah memiliki empat perniagaan dengan total nilai aset setahun bernilai US$ 20 juta.

Kisah bisnes Adam bermula ketika ia berusia 15 tahun. Ia berniaga music box. Bisnes berikutnya adalah pernigaan training dan seminar. Pada usia 22 tahun, Adam Khoo adalah trainer peringkat nasional di Singapura. Pelanggan-pelanggannya adalah para manager dan top manager perusahaan-perusahaan di Singapura. Bayarannya mencapai US$ 10,000 per jam.


5. Aristotle Onassis:
 
Di sekolah, ia ***** dan suka mencari pasal dan berlagak seperti orang kaya. Tidak aneh kalau ia diusir dari beberapa sekolah. Ia sering mendapat nombor tercorot di kelasnya. Salah seorang gurunya berkata:

Teman-teman sekelas memuja dia kerana sikapnya, tetapi guru guru dan keluarganya berputus asa. Semasa dia masih muda, dengan mudah orang dapat melihat bahwa dia akan menjadi seorang di antara mereka yang akan menghancurkan diri sama sekali atau sukses secara gilang-gemilang.

Walaupun reportnya di sekolah semakin bagus, bakatnya untuk berniaga dan mencari wang telah nampak sejak kecil. Akhirnya dia menjadi seorang jutawan.





6. Thomas Alva Edison:

Suatu hari, seorang anak kecil berusia 5 tahun, agak pekak dan ***** di sekolah, pulang ke rumahnya membawa sehelai kertas dari gurunya. ibunya membaca kertas tersebut,
Tommy, anak ibu, sangat *****. kami minta ibu untuk mengeluarkannya dari sekolah.
Ibunya terhenyak membaca surat ini, namun ia segera membuat tekad yang teguh, ” anak saya Tommy, bukan anak *****. saya sendiri yang akan mendidik dan mengajar dia.”
Tommy kecil adalah Thomas Alva Edison yang kita kenal sekarang, salah satu saintis terbesar di dunia. dia hanya bersekolah sekitar 3 bulan, dan secara fizik agak lembab, namun itu semua ternyata bukan penghalang untuk terus maju.

Siapa yang sebelumnya menyangka bahawa kanak-kanak tuli yang ***** sampai-sampai diminta keluar dari sekolah, akhirnya bisa menjadi seorang genius? jawabannya adalah ibunya! Ya, Nancy Edison, ibu dari Thomas Alva Edison, tidak menyerah begitu saja dengan pendapat pihak sekolah terhadap anaknya.



7. Chris Gardner

Sudah pernah mdnonton film atau baca buku Pursuit of Happyness ? Itulah kisah benar kehidupan Christoper Paul Gardner yang dilakonkan oleh Will Smith. Pahit manisnya kehidupan sudah dirasakan olehnya. Kehilangan tempat tinggal, ditinggal isteri, ditangkap polis, kesulitan membayar kredit, semuanya sudah dirasakan. Dia bukanlah orang berpendidikan tinggi tapi dia terus berusaha dan berjuang, Kini dia menjadi seorang jutawan yang sukses, motivator, entrepeneur dan filantropis. Sekarang dia mempunyai Gardner Rich & Co, sebuah perniagaan saham.




8.Ludwig Van Beethoven

Jika anda mengenal seorang wanita yang sedang hamil, yang telah mempunyai 8 anak, tiga diantaranya pekak, dua buta, satu mengalami gangguan mental dan wanita itu sendiri mengidap siplis, apakah anda akan menyarankannya untuk menggugurkan kandungannya? Jika anda menjawab ya, maka anda baru saja membunuh salah seorang termasyur dunia. Kerana anak yang dikandung oleh ibu tersebut adalah Ludwig Van Beethoven. Ketika Beethoven berumur di hujung dua puluhan, tanda-tanda pekaknya mulai tampak, tapi akhirnya ia menjadi ahli muzik yang terkenal dengan karya 9 simfoni, 32 sonata piano, 5 piano concerto, 10 sonata untuk piano dan biola, serangkaian penggesek biola yang menakjubkan, muzik vokal, muzik teater, dan banyak lagi.



9. Louis Braille:

Louis Braille mengalami kerosakan pada salah satu matanya ketika berusia 3 tahun. Waktu itu secara tidak sengaja dia menikam matanya sendiri dengan alat pembuat lubang dari perkakas kerja ayahnya. Kemudian mata yang satunya terkena sympathetic ophthalmia, kesan yang terjadi karena kerosakan mata yang lainnya. Kebutaan tidak membuatnya putus asa, ia menciptakan abjad Braille yang membantu orang buta membaca. Sekarang siapa yang tidak tahu abjad Braille?








10. Mark Zuckerberg:

Pemuda ini dinobatkan sebagai jutawan termuda dalam sejarah yang bermula dari keringatnya sendiri. Mark adalah seorang anak muda yang suka berhibur dengan internet. Dimulai dari sebuah laman penghubung mahasiswa Harvard, ternyata ramai yang menyukainya, dengan nekad ia mengikuti jejak seniornya, Bill Gates, pelajar buangan dari Harvard untuk mengembangkan laman tersebut menjadi Facebook yang kita kenal sekarang. Tahukah Anda? Mark pernah menolak tawaran Friendster yang ingin membeli Facebook 10 juta US$, tawaran dari viacom 750 juta dolar dan yang paling mengkagumkan tawaran dari yahoo satu billion dolar.

Monday, January 14, 2013

Selipar Putus....Jangan Panik..


 Mesti anda semua pernah alami kejadian seperti ini. Tengah asyik berjalan nak ke kedai ke, surau ke atau nak cepat ke suatu destinasi tiba - tiba selipar yang anda pakai terputus. Nak beli baru kedai jauh lagi, nak patah balik rumah pun dah jauh. Nak berkaki ayam, semua orang pelik plak nanti....kena plak kalau awek yang kena macam ni. Muka mesti dah merah padam...dalam hati dah maki hamun kat selipar tu.





Jangan risau...ada penyelesaiannya......


CARA NAK SELESAIKANNYA DENGAN CEPAT, MUDAH DAN MURAH..

1. Mula-mula cari straw....ala straw minum air yang warna - warni tu la..
    Straw air kotak tak aci la...straw air Vitagen pun tak boleh.
    Nak straw macam kat bawah ni..


2. Pilih straw yang sesuai macam yang bawah ni sesuai untuk selipar tadi..warna sama orang tak perasan pun.


3. Lipat straw tadi kepada dua..macam kat bawah ni..


4. Lepas tu ikatkan sehingga membentuk simpul seperti kat bawah ni, pastikan sama panjang hujung yang lebih tu.





5. Potong straw yang lain agak-agak dalam 1 inci, jangan terlebih panjang plak...


6.Masukkan straw yang dipotong pendek tadi ke straw yang telah disimpul..


7. Masukan hujung straw ke dalam lubang tempat kepit jari di selipar tu..straw yang warna kuning tu nanti akan jadi tempat kepit jari nanti..hujung yang lebih tu lipat macam kat bawah..



8. Akhir sekali...straw dilipat macam gambar di bawah..buat simpulan ikatan biasa..nanti jadinya berbentuk camni untuk matikannya.


9. Siap...selipar yang putus tadi dah boleh pakai balik sementara nak beli baru atau boleh pakai terus sampai putus semula.... 




SELAMAT MENCUBA......
















Wednesday, January 9, 2013

CARA YANG BETUL & BERKESAN NAK TIDURKAN BABY



Tidur yang tipikal pada usia ini

Bayi yang baru lahir akan banyak tidur – kira-kira 17 hingga 18 jam sehari pada beberapa minggu pertama dan 15 jam sehari menjelang bulan ketiga. Walau bagaimanapun, mereka tidur tidak lebih daripada tiga hingga empat jam pada satu-satu masa, sama ada pada waktu siang atau waktu malam. Ini bermakna: Anda tidak akan dapat tidur terus tanpa gangguan. Pada waktu malam pula, anda akan terpaksa bangun untuk menyusukan anak dan menukar lampin; pada waktu siang pula, anda juga akan bermain dengannya. 

Ramai ibu bapa risau mengenai risiko kematian kot pada masa beberapa bulan pertama usia bayi. Apa yang disarankan ialah supaya semasa ia berusia enam bulan ke bawah, bayi tidur pada waktu malam di dalam kot yang terletak di sebelah katil ibu bapa. Saranan lain termasuklah: 

• Letakkan bayi anda dalam keadaan telentang, bukannya meniarap atau disisinya. 

• Letakkan dia dengan kakinya rapat dengan hujung kot supaya dia tidak dapat menggeliang-geliut mengelungsur masuk ke dalam selimut. 

• Pastikan suhu bilik bayi anda adalah di sekitar 18 darjah C - 24 darjah C. 

• Bagi kain-kain alas katil, gunakan cadar dan selimut yang berongga dan bukannya duvet. 

• Periksa yang bayi anda tidak terlalu panas atau terlalu sejuk dengan merasa bahagian perutnya: jika dia terlalu panas, alihkan selimut; jika dia sejuk, selimutkannya. Jangan memeriksa di bahagian tangan atau kakinya sebab adalah normal bagi bahagian-bahagian itu berasa sejuk. 

Rujuk artikel kami mengenai mengurangkan risiko kematian kot untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tidur yang selamat. 

Walaupun sesetengah bayi tidur sepanjang malam seawal lapan minggu, kebanyakan bayi belum boleh melakukan sebegini sehingga mereka berusia lima atau enam bulan, atau lebih lewat dari itu. Jika anda mahu bayi anda tidur sepanjang malam, anda boleh membantunya dengan mengajarnya tabiat tidur yang baik seawal mungkin.


Bagaimanakah anda boleh mewujudkan tabiat tidur yang baik

Berikut adalah beberapa perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk membantu bayi anda tidur pada usia ini: 

Belajar mengenal pasti tanda-tanda yang menunjukkan dia sudah letih

Semasa usia enam hingga lapan minggu, bayi anda tidak boleh berjaga lebih daripada dua jam pada satu-satu masa. Jika anda lewat menidurkannya, dia akan terasa terlalu letih dan tidak akan dapat lena dengan mudah. Lihatlah tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda sudah mengantuk. Adakah dia menggosok matanya, menarik telinganya atau menunjukkan lingkaran hitam di bawah matanya? Jika anda mengesan tanda-tanda ini atau tanda mengantuk yang lain, cuba letakkan dia ke dalam kot atau raga kendongnya. Lama-kelamaan anda akan memahami secara intuitif mengenai ritma dan pola harian bayi anda dan akan tahu bila masanya dia sudah bersedia untuk tidur.




Mula mengajarnya perbezaan di antara siang dan malam 

Sesetengah bayi suka berjaga pada waktu malam (anda mungkin dapat petandanya semasa anda hamil dahulu) dan kadangkala bayi anda akan berjaga apabila anda baru sahaja lena. Hari-hari pertama selepas kelahiran, anda tidak akan dapat menangani ini. Tetapi apabila bayi anda berusia kira-kira dua minggu, anda sudah boleh mengajarnya membezakan malam daripada siang. Apabila dia giat dan berjaga pada waktu siang, bermainlah dengannya sekerap mungkin, pastikan rumah anda dan biliknya cerah dan terang, dan jangan risau mengenai kebisingan biasa seperti telefon, TV atau mesin basuh. Jika dia suka tidur semasa sedang menyusu, kejutkan dia. Pada waktu malam, cuba jangan bermain dengannya apabila anda masuk ke biliknya untuk menyusukannya. Pastikan cahaya dalam rumah dan bunyi-bunyi bising di tahap minima, dan jangan terlalu banyak bercakap dengannya. Tidak lama lagi, dia akan tahu bahawa waktu malam ialah waktu untuk tidur.


Berikan dia peluang untuk tidur dengan sendiri (jangan asik nak dokong je) 

Apabila dia berusia enam hingga lapan minggu, anda boleh cuba memberi peluang kepada bayi anda untuk tidur dengan sendiri. Cara terbaik melakukannya ialah dengan meletakkannya di katil semasa dia sedang mengantuk, tetapi masih berjaga. 

Bagaimana anda menidurkan bayi anda adalah penting. Anda mungkin merasakan bahawa apa yang anda lakukan semasa hari-hari permulaan itu tidak mempunyai kesan yang berpanjangan, tetapi sebenarnya ada. Bayi sedang belajar bagaimana untuk tidur. Jika anda dodoikan bayi anda untuk tidur setiap malam pada lapan minggu permulaan, dia akan mahu didodoi setiap kali. Inilah sebabnya sesetengah pakar tidak menyokong anda mendodoi atau menyusukan bayi anda untuk tidur, walaupun dia masih di usia yang muda. Untuk mewujudkan cara tidur bayi yang mantap, anda perlu menggunakan strategi yang sama setiap malam. 

Kesulitan yang mungkin timbul

Tidak banyak perkara yang boleh menganggu gaya tidur bayi yang masih kecil. Tetapi apabila anak anda berusia dua atau tiga bulan, dia mungkin akan: 

• terjaga pada waktu malam dengan lebih kerap daripada yang sepatutnya; 

• mengaitkan perkara tertentu dengan aktiviti tidur yang berkemungkinan akan membawa masalah kepada anda nanti. 

Bayi yang baru lahir perlu bangun pada waktu malam supaya mereka dapat menyusu tetapi sesetengahnya akan terkejut dari tidur sebelum mereka perlu menyusu. Kadang-kala kehadiran anda berhampirannya akan menenangkannya dan dia akan kembali tidur. 

Untuk mengelakkan bayi mengaitkan (membuat asosiasi) perkara tertentu dengan tidurnya di mana bayi bergantung kepada sesuatu seperti dodoian atau penyusuan untuk lena, letakkan saja bayi anda di katil sebelum dia tidur dan biarkan dia lena dengan sendirinya. 

Penyelesaian masalah tidur

Anda perlu mengajar bayi anda sedikit demi sedikit bagaimana untuk tidur sepanjang malam. Para pakar tidak sependapat mengenai cara terbaik untuk melakukannya dan terdapat pelbagai falsafah yang bercanggah. Beberapa cara penyelesaian utama digariskan di bawah. 

Penyelesaian 1 
Bayi anda boleh dilatih untuk memperolehi tabiat tidur yang baik seawal usia enam minggu. Caranya ialah mewujudkan rutin tidur malam dan tidur siang yang konsisten dan meletakkan bayi di atas katilnya semasa dia masih berjaga. Selagi anak anda boleh tidur dengan sendiri, anda boleh melayan panggilannya pada waktu tengah malam atau semasa tidur di siang hari. Gantikan sebarang asosiasi tidur yang bergantung kepada kehadiran anda (apa saja yang memerlukan anda berada di situ seperti dodoian atau penyusuan) dengan barang lain yang akan berada di situ semasa bayi anda terjaga (seperti selimut kegemarannya).

Penyelesaian 2 
Anda mahu melakukan yang terbaik untuk anak anda dan membantunya membentuk tabiat tidur yang baik merupakan sebahagian daripadanya. Anak anda belum faham lagi mengenai apa yang terbaik untuknya dan akan menangis jika dia tidak mendapat apa yang dia mahukan. Matlamat anda ialah membantunya tidur dan belajar tidur dengan sendiri. 

Penyelesaian 3 
Latihkanlah bayi anda untuk tidur dengan sendiri serta dapat menenangkan dirinya sendiri apabila dia terjaga. Anda boleh membantunya membezakan antara malam dan siang dari mula dengan mengadakan penyusuan malam dalam keadaan senyap dan tenang, manakala di waktu siang, mengejutkannya jika dia tidur terlalu lewat. Lama-kelamaan dia akan belajar untuk menyimpan tidur panjangnya untuk waktu malam. Jika dia terjaga, gunakan suara anda untuk menenangkannya tetapi lebihkan tempoh masa antara jarak waktu anda mendekatinya. Ini akan membantunya belajar tidur dengan sendiri. 

Penyelesaian 4 
Bantu bayi anda untuk relaks dan biar dia tahu bagaimana menenangkan dirinya sendiri. Jangan biarkan dia "meluahkan tangisannya," tetapi jangan pula terus pergi kepadanya apabila dia mula merengek. Tunggulah beberapa minit dan pastikan dia benar-benar terganggu dan terjaga, barulah masuk ke biliknya, meyakinkannya dan menenangkannya tanpa mengangkatnya keluar dari kot atau raganya. Sebaliknya, usap dan tenangkannya dengan menggunakan tangan anda dan bercakaplah dengannya. Pada mulanya, pergi kepadanya setiap beberapa minit, tetapi lama-kelamaan panggilkan namanya saja dari luar bilik. Adalah satu idea yang baik untuk mewujudkan rutin waktu tidur yang tenang dan menyokong yang meliputi cerita pengantar tidur, mandian dan lain-lain. 

Penyelesaian 5 Bina sikap tidur yang positif dalam anak anda dengan sentiasa menyokongnya selain memberikannya persekitaran yang tenang dan relaks yang akan membuat dia mengantuk. Dia akan belajar menganggap tidur sebagai sesuatu yang menyeronokkan, dan bukan sesuatu yang ditakuti.


Sumber : BABYCENTER

Saturday, October 20, 2012

Kisah Seorang Pemuda "Mencuri" Tabung Masjid


Suatu tengah malam, kecoh di masjid bandar. Seorang pemuda ditangkap kerana disyaki cuba mencuri duit tabung masjid. Lalu terjadilah soal-siasat antara JKKK masjid dengan saspek.

JKKK: "Mengaku je lah. Tak payah nak menipu la. Tipu dosa masuk neraka."

Pemuda: "Qulil Haq Walau Kaana Murra - Berkatalah benar walau pahit sekalipun. Saya tidak menipu. Saya tak bersalah. Saya tak curi duit tabung."

JKKK: "Tak curi apanya, ni apa kebenda ni RM5000 dalam poket kau ni? Aku lempang jugak budak ni karang!"

Pemuda: "....Waiyya-yaa Farhabuun." (Surah al-Baqarah ayat 40) - kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain). Lempanglah. Bawalah saya ke balai polis sekalipun.Saya tidak gerun. Tapi, saya sedikit pun tidak akan mengaku bersalah mencuri."

JKKK melempang pemuda tersebut di kaki lima masjid. Tersungkur pemuda tersebut. Hilang sabar juga JKKK.

JKKK: "Cilake betul budak ni! Main dalil Quran pulak! Aku nampak kau panjat pagar masuk dengan mata kepala aku sendiri! Aku nampak sendiri ko cari tabung masjid!"

Pemuda: "Saya panjat ada alasannya."

JKKK sudah berada di kemuncak kemarahannya kerana pemuda tersebut berani menjawab.

JKKK: "Dasar kaki pil kuda! Pil khayal! Ha!! Kang Ni Makan Dia!" (sambil menghayunkan terajang ke perut pemuda)

Bilal: "Berhenti!!"

JKKK: "Apahal?! Budak ni curi duit masjid ni!"

Bilal: "Sabar! Ana nampak kesemuanya. Kebetulan ana ada di belakang tiang masjid.Lepaskan dia. Itu bukan duit masjid."

JKKK: "Apa?!"

Bilal: "Duit masjid awal-awal lagi setelah Isyak tadi diserahkan pada Bendahari masjid setelah dikosongkan tabung² masjid.Ana nampak pemuda ini cuba memasukkan wang RM5000 itu ke dalam tabung masjid. Tapi akhirnya ditangkap anta."

JKKK: "Dia panjat pagar masjid kot! Kaki pil ni!"

Bilal: "Jelaskan kenapa kamu panjat pagar masjid?"

Pemuda: "Saya panjat pagar masjid sebab masjid kunci sebaik sahaja selesai solat Isyak.

Sedangkan masjid itu rumah Allah terbuka 24 jam sepatutnya. Tetapi sedih sekali masjid hanya dibuka siang hari dan ditutup pada malam hari. Alasannya takut kecurian. Lalu, terpaksa saya panjat pagar tanpa ada pilihan lagi."

Bilal: "Mengapa kamu tidak masukkan duit ketika masjid buka?"

Pemuda: "Ramai orang pada waktu masjid dibuka.

Sedangkan ustaz saya menyebut, mengikut hadis....sedekah yang terbaik adalah - "Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya". Jika orang nampak saya masukkan duit dalam tabung masjid, saya bimbang pahala sedekah saya kurang. Saya bimbang saya jadi riak. Saya bimbang sedekah saya jadi sia-sia."

Bilal: "Dari mana duit sebanyak itu?"

Pemuda: "Ini dari simpanan saya sendiri selama setahun."

JKKK: "Baik, kali ni kami lepaskan. Pergilah bersedekah."

Pemuda: "Maaf, kamu berdua sudah tahu saya niat saya. Saya dah tak boleh bersedekah di sini.

Biarlah saya pergi ke masjid lain. Terpaksa beritahu ini pun seperti riak. Astaghfirullahaladzim...Moga Allah bantu ikhlaskan hati ini kembali. Aamiiin"

Pemuda tersebut meminta diri dan meminta maaf panjat pagar masjid.

JKKK termenung memikirkan kejadian malam tu. Bilal masuk tidur.

cerita original: Syabab Musafir Kasih

Monday, September 17, 2012

7 PERKARA GANJIL



Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah SWT. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat".

"Golongan yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?", tanya pemuda itu. "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah swt sewaktu hidupnya. Lantaran Allah swt menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ba.bi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?". Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain".


Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu". "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

"Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah swt sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya".

"Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. "Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.


"Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," "Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba' sewaktu hayatnya", jawab ahli ibadah tadi.

"Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah swt baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya".

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. 

Wallahua'lam....